Wednesday, June 26, 2013

Di saat rebah menanti sokongan..

Assalamualaikum smua,


Lately byk bnda negatif yg brlaku, mmg menitik air mata bila fikirkan..tp alhamdulillah Tuhan msih lg bg kekuatan utk sy.hrp nya biarlah kekuatan ini trus brsama sy.pg td sy trbaca satu status yg pnjg lebar kt fb.satu motivasi yg ckup brkesan utk org yg hampir nk brputus asa.jd sy kongsikan jgk kt sni, supaya nti ble sy hampir brputus asa, sy akn dpt blk kekuatan utk brdepan dgn ujian bila sy baca nasihat yg pnjg lebar ni.senangkan..klu tiada yg blh mmberi dorongan pd kita, apa kita biar kita sndri yg mncari dorongan dan sokongan tu?ingat kwn2, jgn mudah putus asa....
Jom kita amalkan ape yg Ustaz Pahrol kongsikan :



Bersangka Baik Demi Cinta

Usia perkahwinan sudah lebih tiga puluh tahun. Mereka sudah punya tiga orang cucu. Namun siisteri meluahkan rasa hatinya dengan berkata, “saya sudah letih berdepan dengan kerenah suami. Sikap sambil lewanya sangat memeningkan kepala. Saya benar-benar berada di persimpangan, ingin minta agar perkahwinan ini dibubarkan atau meneruskannya. Apa pandangan saudara?”

“Teruskan perkahwinan,” jawab saya dengan pasti. Saya teringat ungkapan lama yang menjadi pegangan diri sejak dahulu. Ungkapan itu berbunyi: “Jika sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan. Tetapi jika jalan sudah benar namun pelbagai masalah menghalang, jangan berpatah balik, teruskan perjalanan!”

“Mengapa pula?” tanya siisteri.

“Jika puan boleh sabar selama 30 tahun, hanya ada beberapa tahun sahaja untuk terus bersabar. Umur kita tidak lama. Sabarlah dalam bersabar. Yang penting cubalah positifkan pemikiran dan perasaan. Puan di jalan yang betul, cuma rintangannya ada. Puan mesti atasi dan teruskan perkahwinan ini. ”

“Saudara cakap senang tetapi bagaimana hendak terus positif jika dia terus bersikap negatif?”

Saya senyum. Ya, tulisan kali ini saya tujukan untuknya dan untuk saya juga serta untuk kita semua. Sebenarnya pemikiran yang betul adalah syarat untuk kita bersikap positif. ‘Right mental attitude’ sangat penting dalam melayari bahtera rumah tangga. Sikap yang betul perlu untuk menghadapi cuaca rumah tangga yang tidak menentu. Bagaimana untuk tenang dan bahagia di dalam diri tidak kira apa yang sedang dihadapi di luar diri kerana apa yang lebih utama ialah ‘what happens in you’ bukan ‘what happens to you.’

Untuk mengekalkan cinta perlu ada sikap positif. Tanpa sikap yang positif, cinta akan terbarai dan kebahagiaan akan berkecai. Berikut adalah beberapa langkah praktikal untuk membina pemikiran yang positif seterusnya membentuk sikap yang positif:

1. Fokus pada tanggung jawab, bukan menuntut hak.
Punca hati tidak tenang dan hilang kebahagiaan dalam hidup kebanyakannya manusia ialah perjuangannya untuk mendapatkan hak. Manusia sering marah dan mengeluh dengan berkata, “aku sepatutnya tidak dilayan begini.” Dalam kebanyakan situasi, kita sering tidak mendapat apa yang kita jangkakan dan harapkan. Betul bukan? Selagi kita hidup kita akan alami pelbagai situasi yang mana susu yang kita berikan tetapi tuba kita terima sebagai balasannya.

Di dalam rumah tangga jangan mengharapkan kesempurnaan pada pasangan kita. Bunga yang kita berikan, jangan mengharap bunga sebagai balasannya. Tetapi apakah kerana tidak mendapat balasan lalu kita berhenti menghulurkan kebaikan? Jangan! Fokus pada tanggung jawab – sebagai suami atau isteri kita dituntut oleh syariat untuk melaksanakan tanggung jawab. Tunaikan hak pasangan kita itu lebih utama daripada kita menuntut hak kita. Ah, apakah ini bererti kita akan terus menjadi mangsa?

Jawabnya, tidak. Kita akan lebih tenang, percayalah. Adalah tidak bijak untuk terus membuang masa dan tenaga memikirkan tentang apa yang sepatutnya berlaku berbanding apa yang perlu dan patut kita lakukan? Ramai orang terseksa dengan kekecewaan dan geramkan pasangannya yang sepatutnya berbuat begini atau begitu… Pada hal, pemikiran yang negatif itu akan memburukkan lagi keadaan. Yang penting fokus kepada apa yang aku boleh lakukan untuk melaksanakan tanggung jawab ku.

Katalah dalam satu pertelingkahan dan kita berada di pihak yang betul dan benar, itu pun bukan jaminan untuk kita dimenangkan dan dibenarkan. Acap kali pihak pasangannya kita terus berusaha menegakkan benang yang basah. Apatah lagi bila egonya tercabar. Lalu sikap kita bagaimana? Jangan berterusan menuntut hak. Jangan memendam rasa dengan mengecam bahawa keadaan itu tidak adil. Ingatlah, berterusan memperjuangkan kesempurnaan dalam dunia (termasuk rumah tangga) yang tidak sempurna ini hanya akan menjerumuskan kita ke lembah dendam, marah, kecewa dan kemurungan.

Rasa-rasa yang negatif ini akan ‘menyedut’ tenaga, keceriaan dan akan menyebabkan kedutan pada wajah kita. Kesannya, kita akan ditarik ke belakang. Malah kita akan ditolak ke lorong yang salah dalam kembara kehidupan yang penuh ujian ini. Untuk bergerak ke hadapan dan terus memburu kemajuan dalam diri agar lebih bahagia dan tenang dalam hidup… kita perlu tinggalkan segala keegoan, kepentingan, ketakutan dan sikap tidak memaafkan.

Semua itu hanya boleh dicapai apabila kita fokus kepada tanggung jawab dan selalu berfikir tentang apa yang perlu aku lakukan berbanding dengan apa yang sepatutnya dia (pasangan kita) lakukan. Tumpukan kepada apa yang boleh kita kawal, yakni tanggung jawab kita bukan pada sesuatu yang di luar kawalan kita yakni hak kita yang ada pada kawalan pasangan kita.

Ironinya, mereka yang berjaya melaksanakan tanggung jawab dengan baik sering mendapat haknya sebagai balasan. Dan kalau mereka tidak mendapat balasan daripada pasangannya pun, Allah akan memberikan ketenangan dalam hati mereka seperti mana ketenangan yang dirasai oleh Siti Asiah isteri kepada Firaun.

ii) Sering berdamping dengan orang yang positif.

Siapa kita lima tahun akan datang dicorakkan oleh dengan siapa kita bergaul dan buku apa yang kita baca. Begitu ditegaskan oleh orang bijaksana. Dengan siapa kita meluangkan masa kita sangat menentukan sikap kita. Kata pepatah, burung yang sama bulu akan terbang bersama. Rasulullah s.a.w menegaskan, agama seseorang ditentukan oleh temannya.

Justeru, berhati-hatilah memilih orang untuk kita dampingi. Jauhkan ‘toxic people’ yang sering menusuk jarum-jarum umpatan, adu domba dan rasa pesimis dalam melayari kehidupan berumah tangga. Pernah kita jumpa orang yang sentiasa mengeluh? Asalkan berjumpa sahaja mulalah dia mengeluh tentang badannya yang tidak sihat, dia sering ditipu, dia dilayan dengan buruk sampailah ke rumahnya yang sempit… Apa yang anda dapat daripada orang yang begini?

Oleh itu jika jiran, teman atau kenalan kita ialah dia yang tidak ‘melahirkan’ sesuatu yang baik dan positif daripada diri anda, mengapakah tidak kita buat sedikit perubahan atau penyesuaian? Kita berhak untuk meletakkan satu jarak yang agak jauh untuk tidak dijangkiti oleh sikap negatifnya. Ingat, teman rapat kita ialah mereka yang membantu kita mengeluarkan yang terbaik dari dalam diri kita. Kaki umpat, mengeluh dan menghasut hakikatnya bukan sahabat kita walaupun kelihatan dia baik dengan kita! Ingat pepatah Melayu lama – sokong yang membawa rebah.

iii) Jadikan sekarang masa paling gembira.

Jika orang bertanya bilakah masa yang paling gembira dalam hidup berumah tangga kita, jawablah, “sekarang!” Usah berpaling ke belakang dengan mengatakan semasa mula-mula kahwin dahulu atau melangkau ke masa hadapan dengan berkata, “bila anak-anak sudah besar dan hidup lebih stabil.” Dengan berkata demikian kita telah ‘membunuh’ potensi hari ini.

Ya, memang kita mula-mula kahwin dahulu kita gembira, tetapi rasa gembira itu hanya pada waktu itu. Dan waktu itu telah berlalu. Kita hanya hidup pada masa ini bukan pada masa lalu. Justeru, jadikanlah masa ini masa yang paling gembira. Hiduplah untuk hari ini kerana semalam sudah berlalu dan hari esok masih belum tentu. Inilah yang dipesankan oleh Rasulullah s.a.w, jika kamu berada pada pagi jangan menunggu waktu petang dan begitulah sebaliknya. Kita hanya akan meletihkan diri sendiri jika cuba hidup dalam tiga masa – semalam, hari ini dan esok!

Jangan biarkan tragedi masa lalu menyengat kita berkali-kali dengan mengenangnya selalu. Sebaliknya, carilah pengajaran yang kita dapat daripadanya dan selepas itu terus lupakan. Juga jangan sentiasa diingat-ingat saat gembira masa lalu kerana itu hanya memori dan itu bukan lagi realiti yang sedang kita hadapi masa kini. Sebaliknya, carilah apakah ‘resipi’ yang menghasilkannya dahulu dan mari dengan itu kita ciptakan kegembiraan baru hari ini!

iv) Cari jalan untuk mengatasi stres.

Stres akan menyebabkan keletihan dalam pemikiran dan perasaan yang lama-kelamaan akan membentuk sikap yang negatif. Oleh itu para suami atau isteri mesti menemukan cara untuk mengawal stres. Antara kaedah terbaik ialah dengan melakukan aktiviti fizikal, hobi atau minat kita. Boleh jadi dengan berkebun, menenun, membaca, berjoging atau bersukan. Lepaskanlah geram, kecewa dan marah kita kepada aktiviti yang menyihatkan dan menceriakan.

Jangan tahan jika anda hendak ketawa, berlari atau melompat sepuas-puasnya. Bebaskan diri daripada belenggu tekanan dan masalah yang menghantui hidup anda. Dengan aktiviti yang aktif dan perlakuan yang memerlukan konsentrasi mental, fikiran, jiwa dan emosi kita akan melalui tempoh ‘pause’ atau istirahat. Lupakah kita bahawa Rasulullah saw berlumba lari dengan isterinya?

Ini akan memberi kekuatan untuk kita meneruskan kehidupan dengan lebih baik. Kita akan dapat melupakan seketika masalah yang kita hadapi… bukan untuk eskapisme tetapi untuk kembali menanganinya semula apabila jiwa kita segar, fikiran kita tenang dan emosi kita telah kembali stabil.

v) Jangan terlalu serius.

Kehidupan berumah tangga ialah sesuatu yang serius tetapi perlu dijalani dengan tidak terlalu serius. Jalanilah kehidupan dengan sedikit gurau senda dan berhibur. Siti Aishah pernah meletak dagunya di bahu Rasulullah s.a.w untuk melihat tarian orang Habsyah. Hiburan umpama garam dalam masakan. Tidak perlu terlalu banyak, tetapi cukup sekadar keperluan untuk memberi rasa yang enak. Ya, sedangkan Rasulullah s.a.w lagikan bergurau dengan isteri-isterinya, mengapa kita tidak?

Memang banyak perkara yang penting dan kritikal perlu kita selesaikan, tetapi itu tidak menghalang daripada kita berjenaka dan bergurau senda seadanya dengan pasangan kita. Insya-Allah dengan unsur-unsur humor dalam rumah tangga kita, hubungan kita suami isteri akan lebih kukuh dan kita akan mampu bergerak lebih jauh untuk menghadapi cabaran dalam rumah tangga. Ternyata mereka yang menangani kehidupan dengan ceria menjadi individu yang lebih berjaya menyelesaikan konflik dalam berumah tangga seterusnya membina rumah tangga bahagia.

Apabila rumah tangga kelihatan malap atau ‘sindrom bisu’ mula melanda, cepat-cepatlah ubah suasana luaran itu dengan mengubah suasana dalaman kita dengan empat cara yang dicadangkan ini. Insya-Allah, yang penting bukan apa yang kita lihat tetapi bagaimana kita melihatnya. Orang yang positif akan sentiasa melihat sisi positif pada pasangan dan keadaan yang sedang dihadapinya… Mereka sahaja yang layak bahagia kerana sentiasa berfikir untuk membahagiakan orang lain. Sebaliknya orang yang negatif, hanya akan menyeksa dirinya dan membosankan pasangan hidupnya!

Kesimpulannya, bersangka baiklah walaupun kekadang keadaan tidak sebaik yang kita sangkakan. Bukan menafikan realiti, tetapi demi ketenangan hati. Orang yang buruk sangka akan tersiksa dua kali, pertama oleh sangkanya atas keburukan yang belum terjadi. Kedua, oleh derita hatinya apabila yang buruk itu telah benar-benar terjadi.

Apabila kita bersangka baik, hati akan menjadi lebih tenang. Kita punya tenaga dan upaya untuk menghadapi ujian hidup apabila kita hadapinya dengan tenang. Ya, mungkin kita tidak mampu mengubah keadaan, tetapi sekurang-kurangnya kita punya kekuatan untuk menghadapinya. Pada hal yang buruk dan sukar itu kekadang hanya seketika, atau boleh jadi yang buruk itu… tidak buruk sama sekali. Ada hikmah yang tersirat di sebaliknya. Ada kebaikan yang tersembunyi di belakangnya. Begitulah hidup… satu siri misteri yang tidak dapat ditebak dan diduga. Pernah kita membayangkan suami atau isteri kita yang ada ini sebelum ini? Kebanyakkannya tidak! Bercinta dengan orang lain, berkahwin dengan orang lain. Itulah misterinya takdir…

Apa yang perlu kita lakukan… bersyukur dengan apa yang ada. Bila bersyukur Allah tambah nikmat. Bersyukurlah dengan pasangan yang ada, Insya-Allah, Tuhan akan menambah kebahagiaan kita. Kalau dia tidak berubah perangai, kita pula yang Allah kurniakan kesabaran untuk menghadapi karenahnya. Itu juga satu anugerah bukan? Ya, kata bijak pandai, “jangan minta hidup yang mudah tetapi pintalah hati yang tabah untuk menghadapinya!”

oleh : USTAZ PAHROL MOHAMAD JUOI

Saturday, June 15, 2013

Bride to Be (Part 7) - D.I.Y. Beading Baju - baju


Assalamualaikum, hello and happy sunday smua ;)

Hari ni mood dh ok skit sbb smlm dpt gayut lama2 dgn 'Raja Hati'..Hari ni xsempat mandi,rse nk share plk baju2 yg sy beading sndri mse majlis kahwin sy hari tu.smuanya 4 pasang baju..yg paling penat baju akad nikah sy, sbb kne jahit lace dlu.hampeh si tukang jahit,kita byr mahal2 suh jahit lace smpai hbs, tp xsiap2 jgk..last2 kita ni jgk kne jahit sndri,dh la xde experience kan.tp ape pun mmg mnjadi jgk cubaan pertama sy.

Untuk tatapan anda sekalian:


Baju akad nikah





Fyi, veil pn sy buat sndri, 100% handmade.klu nk tau serba sdikit psl cara nk buat veil tu, blh la jenguk2 post yg dahulu kala psl DIY veil ni.smuanya sy puas hati.modal utk beading tu xsmpai RM100 including bunga2 yg sy bli jahit kt baju.ada jgk bunga (big grey with pink bead) yg sy buat sndri.SANGAT BERBALOI!! alhamdulillah sy suka ;)

Untuk pelanggan kedua sy, kakak sy yg cerewet yg amat..

For my sis




yg kakak sy punya ni sy buat ala2 mcm pangkat tentera skit kt bahu.ada manik tergantung dgn bunga bbpe kuntum kt bahu.sbb dia pkai tudung fareeda, jd bahu trdedah skit.so,sy letak la attraction skit kt situ.

Next one also for my sis,simple manik tabur utk kurung moden.
For sis


The last one, utk mak sy yg trcinta.sy buat simple jgk, ala2 'ular' sbb dia pnya lace brbeza skit dr org lain.lace baju mak sy kurang brbukit skit, nmpk lbh rata, sme tnggi.so, sy buat beading 'ular' utk bg nmpk lbh tnggi..



Ada can nk buat lg.. hehe


Friday, June 14, 2013

Hati yang Sensitif

Adoii..knape la lately hati ni jd sensitif, cpt sgt trase dgn org skeliling..tp hati sy sensitif ke atau diorng yg over?sy rse sy ni jnis yg pnyabar dh.tp ape yg dia ckp tu mmg brkesan dlm hati..xhbs2 dgn mslh dgn manusia kan.mulut mnusia ni mmg bahaya.klu dh trlajak ckp, mmg binasa badan..klu bkn difikirkan dia tu ahli trdekat sy, rse nya dh lama sy remove dia dr cntact list dlm phone, dlm fb, etc..

tp mnusia ni kn klu slh org, cacat cela org cpt je dia nmpk. bkn main lantang dia kutuk2.mcm la perangai dia elok sgt kn???rsenya perangai dia la yg buruk,tp kita ni diam je.tkut tegur nti melenting.biasanya org yg suka2 kutuk org ni pantang ditegur.contoh dh ada.tp sy yg jd mngsa kutukan dia.tp selalunya mmg sy pn yg jd mngsa.sbb nya?sbb sy ni jnis yg xpndai melawan.dr dlu ape yg org ckp sy diam je, sy pendam dlm hati..last kpala rse nk pecah, mnangis je sorng2 utk hilangkan stress.

Sy mintak sgt2 kt Tuhan, smoga suatu hari nti Tuhan bg dia petunjuk utk ubah sikap dia.tlong lah Ya Allah, makbulkan lah doaku..ckup2 la yg dh ada ni terasa dgn dia.bkn sy sorang je, dh ramai yg pnh terasa dgn dia.hrpnya kesabaran sy ni masih tnggi utk hadap perangai dia lg mse dpn..amiiinnn..

Sakit hati yg amat!!!!!

Tuesday, June 11, 2013

Manusia yang tak faham manusia

Assalamualaikum smua..

Dh lama sgt rse xjenguk blog ni.byk kali plan nk update preparation terbaru tntg mjlis prkahwinan sy, tp asyik xjd je.mlm ni smbil lyn k.lyn celoteh kt suriafm, rse nk buka plk blog ni.tmbh2 plk mata xmngantuk lg, trbuka luas xtau nk buat ape..ada suami pn jauh di mata.malas rasa nk ganggu dia, rasa nk sorang2 je mlm ni..(padahal mmg sntiasa sorang2 pn!..huhu)

Nak crite ape ek mlm ni?psl kahwin ke?lain kali lah kot,sbb mood skang ni tgh sendu smacam.klu nk citer psl kahwin kne happy2.bru upload gmbr cntik2..tkut nti mood tgh sendu diiringi plk hujan lebat ni,tkut terupload gmbr yg ntah ape2 kan..next post, in sha Allah sy upload pic baju2 yg sy beading sndri..mmg gojes dimataku!

Tak best la nk citer psl khwin.nk citer psl org2 skeliling je mlm ni..nk citer psl mood sendu sjk 2,3 hri ni..sbnrnya sendu sjk hbs cuti kahwin lg.bkn sbb kne tggal jauh dgn suami.tp ada slh phm skit dgn org lain.sedih sgt2 blm sempat kita smpai umah dr travel jauh2, tup2 dh smpai kt telinga psl seorng tu mngungkit itu ini..Ya Allah sedihnya bila org trdekat dgn kita lngsung xphm situasi kita.dpn org sy senyum, dpn org sy buat lawak biar org nmpk sy happy mcm xde mslh.tp diorng xfikir lngsung sy mnusia msti ada masalah sy sndri.sy bkn nk mtk org fhm smuanya,sy pn xmtk org tlong selesaikan masalah sy.tp sekurang2nya bg sy ruang utk stabilkan keadaan.bukannya mse sy tgh letih drive blk ke penang,mse tu jgk terus org nk sebar citer mcm2.masa drive tu jgk rse nk nangis.bila fikir dia org trdekat dgn sy, sy maafkan wlaupun hati sy rse trguris.trguris sbb dia org trdekat dgn sy.klu dia cme kwn2 biasa sy xkisah sgt.dia spatutnya tahu situasi sy mcm mne..agaknya bila sy ditimpa musibah smpai xblh bngun brdiri bru org akn nmpk ssh sy.

sy tetapkan dlm hati, lps ni sy nk jauhkan diri dr diorng.sy bkn nk mnyombong, lg2 bila dh kahwin.tp sy jauh hati sgt2.rasa nk hilangkan diri skejap ke tmpt lain dan bila muncul sy nk jd org baru yg dh lupakan kisah2 pahit ni.sbb sy sndri pn xsuka rasa2 negatif dgn org lain.tp nk buat cane sy pn ada prasaan.boleh tak doraemon muncul dan hilangkan sy skejap?hilangkan memori sedih sy ni?