Thursday, November 15, 2012

Ayat Pengasih

Assalamualaikum smua..

Pernah amalkan tak ayat pengasih?bkn ayt jampi2 yg tok bomoh slalu ajar tau..yg ni dr al-Quran..30 juzuk al-quran tu ada mcm2 khasiat dan kelebihan klu kita tau dan amalkan.klu ayat pengasih ni sesuai lah utk pasangan suami isteri, anak2, saudara mara, utk pelaris perniagaan pn blh..tp sebaik2nya diamalkan dgn seluruh perintah Allah.jgn nti tang ayat pengasih ni je nk amalkan, tp solat 5 waktu ntah ke mne..apepun smuanya blh berlaku dgn izin Allah.

Untuk smua info2 tntg ayat pengasih ni kdang2 kita blh dpt dr ceramah2 agama, buku2 agama dan jgk bacaan dr sumber2 lain.yg sy nk share kt sni actually sy amik dr blog arisya.harap2 blh buat koleksi/rujukan sy dan jgk yg lain.


1.     Surah Yusuff ayat 4.Surah Yusuf ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini. Bagi sesiapa yang sudah mengamalkan, Alhamdulillah.. teruskan... Ayat ini adalah ayat pengasih bagi mengeratkan lagi hubungan suami isteri dan ianya juga boleh untuk anak-anak (so that anak hormat kita sebagai ibu bapa mereka), keluarga dan sahabat handai.  
 "Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada' Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin"

Maksudnya: Ingatlah ketika Yusuf berkata kepada ayahnya,"Wahai Ayahku, sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas buah bintang, matahari dan bulan kelihatan semuanya sujud kepadaku..."

Amalkan surah Yusuff, ayat 4 sebanyak 3 kali selepas setiap kali solat. Boleh juga dibaca semasa suami tidur dan hembuskan pada ubun-ubun kepalanya dengan niat kasih sayang akan kekal dalam hatinya untuk kita.

Dengan mengamalkan membaca surah Yusoff, ayat 4, dan disambung dengan surah Thaha, ayat 39, bila di hadapan suami atau pasangan. Memadai dengan membaca di dalam hati. Kedua-dua ayat ini juga elok diamalkan 3 kali selepas setiap solat agar dikasihi oleh orang ramai.

2.       Kemudian sambung Surah Thaaha Ayat 39
"Walqoitu 'Alaika Mahabbatam Minnii Walitush na'a 'Alaa 'Ainii"

Maksudnya: "Dan aku telah melimpahkan kepadamu kasih sayang yang datang dariku, dan supaya kamu diasuh di bawah pengawasanku."

3.          Surah Waqiah dan Yusuff .
Bagi amalan untuk pasangan bolehlah lakukan begini:

Bacakan surah Waqiah ayat 36-38
fajaalna hunna abkar.  ’urubann atrooba.. li as ha bilyamin (7x)

Dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan. Penuh cinta lagi sebaya umurnya. (Kami ciptakan mereka) untuk golongan kanan.

Selepas itu baca Surah Yusuf ayat 4... 
izqolaa yusufu liabi hiyaa abati inni roai tuahada asyarokau kaban washsham sawal qomaro roai tuhum li saa jidin (7x)

kemudian bacalah ayatul qursi 3x, Al ikhlas, Annas dan Al Falaq 3x.. tiup kt dlm air..buh dlm cawan...minumlah dan selebihnye sapu kt muke sebelum tdo...dan disertai dgn solat hajat tiap2 malam...bermohonlah dgn Allah..

4.        Surah Al-Ahqaf ayat 15. 
Ia diamalkan untuk ebahagian keluarga. Amalkan membaca

Wawossoynal insana biwalidaihi ihsana, hamalat hu ummuhu kurhan wawadhoat hukurha, wahamluhu wafisoluhu salaasuna shahran hatta iza balagho ashuddahu wabalagho arbai nasanatan qola rabbi awzikni an’ashkuro nikmatakallati anam’ta alayya waala walidayya waan ak’mala solihan tardho huwa asslih lii fii zurriyyati,  inni tubtu ilaika wainni minalmuslimin.

"Ya Tuhanku, tunjukanlah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri".


Penjelasan:
Ibnu Abbas berkata: “Allah mengabulkan do’a Abu Bakar, ia dapat memerdekakan sembilan orang mu’min diantaranya Bilal dan Amir Bin Mughirah. Tidak ada suatu kebaikan yang dikehendaki oleh Abu Bakar kecuali Allah memberi pertolongan kepadanya sehingga dapat melaksanakannya. Dan ia berdo’a dengan ASHLIHLI FI DZURRIYATI, maka Allah pun mengabulkan do’anya, sehingga tidak seorangpun anaknya kecuali beriman semuanya. Pada Abu Bakar berhimpun nikmat berupa Islamnya kedua ibu bapak serta anak-anaknya, Abdurrahman dan Abu Atik. Hal ini tidak terjadi pada seorangpun diantara sahabat Nabi.”

5.       Surah Al imran ayat 14 Zuyyina linna sihubbush shahawa timinan nisa iwalbani nawalqana tiril muqantaroti minazzahabi walfiddati walkhoi lilmusawwamati wal an a’ miwal harth, zhalika mata ulhayatiddunya, wallahu indahu husnul maab.

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (surga).

-    Diamalkan 10x setiap hari supaya sesiapa memandangnya akan jatuh kasih..
-   Ayat ini boleh digunakan untuk mencari jodoh. Baca ayat ini sambil membayangkan wajah orang yang dikehendaki,tiup ditelapak tangan dan sapukan kemuka, insya Allah orang yang dikehendaki jatuh kasih.

6.       Sarah Al-Imran ayat 103-104

Waktasimu bihablilla hi jamian wala tafarroqu, wazkuru nikmatalla hialaikum izkuntum okda faallafa baina qulubikum faasbahtum binikmatihi ikhwanan wakuntum ala shafa hufrotin minanna rifa anq qozaakum minha, kazalika yubaiyinulla hulakum aayatihi la allakum tahtadun. Waltakum mingkum ommatui yad u’  ila alkhoiri wayakmuru nabilmakru fiwayanhau na anilmunkar,  waula ika humul muflihun

Dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai-berai, dan ingatlah akan ni’mat Allah kepadamu ketika dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena ni’mat Allah orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.  Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar; mereka adalah orang-orang yang beruntung.

Baca ayat ini untuk tujuan pengasih dan untuk melembutkan hati.Boleh juga ditulis pada 15 haribulan Hijrah dan baca doanya yang khusus.
Selain itu ayat ini juga boleh digunakan supaya cakap kita didengar orang, sesuai untuk ibubapa, guru dan para penceramah. InsyaAllah segala perkataan akan dipatuhi dan akan memberi kesan kepada orang yang mendengar.

8.       Surah Al-Imran Ayat 173-174
Allazinaqa lalahumunna suinnanna saqad jamau’ lakum fakhshauhum fazadahum imaanan waqalu hasbunalla huwanikmal wakil. Fainqolabuu binikmatin minallahi wafadlillam yamsashum su unnn wattabau’ ridwanallah, wallahu zu fadlin Azim.

(Yaitu) orang-orang (yang menta’ati Allah dan Rasul) yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan: “Sesungguhnya manusia 250 telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu, karena itu takutlah kepada mereka”, maka perkataan itu menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung”.  Maka mereka kembali dengan ni’mat dan karunia (yang besar) dari Allah, mereka tidak mendapat bencana apa-apa, mereka mengikuti keridhaan Allah. Dan Allah mempunyai karunia yang besar

Amal ayat ini denganmohon pada Allah supaya dimudahkan urusan, dikasihi. digeruni musuh, diluaskan rezeki, terpelihara dari bala.Baca ayat ini 450 kali.

9.       Surah Al-A’raf ayat 43
Wanazakna ma fi sudurihim min ghillin tajri min tahtihimul anhar, waqalulhamdulilla hiallazi hadaana lihaza wama kunna linahtadiya laula an hadanallah, laqad jaa atrusulu rabbina bilhaq,  wanuuduu ant tilkumul jannatu urithtumuha bima kuntum takmalun.

Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: “Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (surga) ini. Dan kami sekali-kali tidak tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Rabb kami, membawa kebenaran”. Dan diserukan kepada mereka: “Itulah surga yang telah diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan”

Ayat ini boleh digunakan sebagai pendamai. Tulislah ayat ini dengan menggunakan pen tanpa dakwat ke atas makanan (kuih-muih, roti dan sebagainya). Kemudian dibahagikan kepada satu-satu kumpulan atau keluarga yang sering bertengkar. InsyaAllah, apabila mereka makan makanan tersebut, Allah akan satukan hati-hati mereka. Sentiasa dalam kasih-sayang dan tolong menolong. Ayat ini juga boleh digunakan sebagai penyakit dalaman seperti jantung, hati paru-paru, buah pinggang, pankreas dan sebagainya

1 comment:

  1. Saya pulangkan apa sahaja yang saya ambil daripada tuan/puan dan kepunyaan tuan/puan yang ada pada diri saya dan keluarga saya. Saya ambil yang haq sahaja dari tuan dulu kini dan akan datang.

    ReplyDelete