Tuesday, October 13, 2015

RESDUNG LA PULAKK

Resdung ni saya rasa penyakit biasa yang kita dengar.semua orang ada resdung,cuma berbeza tahapnya..ada yang teruk,ada yang biasa.saya sebelum ni ada resdung yang biasa je,kalau tak pantang ape2, maka timbul lah jerawat atau gatal2 di badan.tapi sejak seminggu ni saya rasa resdung ni memang pada tahap yang teruk.ini simptom yang saya alami nak dekat seminggu

-sakit kepala tahap dewa,rasa macam nak tarik2 rambut,nak hantuk2 kepala kat dinding
-mata jadi merah dan berair setiap kali sakit kepala
-hidung tersumbat tak kira masa,terutama bila berada dalam bilik aircond
-sakit otot2 rahang terutama belah kanan.tahap kesakitan bergantung pada tahap sakit kepala
-bila tunduk kebawah, sakit akan rasa lagi kuat pada rahang dan kepala
-badan panas/sejuk tak tentu masa

pada mula nya saya ingatkan sebab jerebu.tapi sakit makin menjadi.nak kata migrain saya tak pernah ada migrain.nak kata pembawakan budak dalam perut ni macam tak logik.dah dekat sangat nak bersalin ni,tak kan ada pembawakan budak lagi..finally, saya pergi klinik dan yes memang masalah sinus.doktor bagi 3 jenis ubat

-pinton (lebih kurang ubat selsema,untuk rawat hidung tersumbat, beware ubat ni boleh menyebabkan mengantuk)
-maxolon (macam pain killer untuk sakit kepala)
-paracetamol (untuk simptom2 demam)

semua ubat2 tu sesuai untuk ibu mengandung.kalau anda2 ada simptom macam ni better pergi klinik dulu supaya dapat ubat yang betul ikut keadaan penyakit masing2.bukan main taram beli kat farmasi terus ye.so far sekarang ni saya cuma ambil maxolon sahaja sebab sakit kepala tak hilang2 lagi.maxolon tu kena makan setiap 8 jam skali.tp tak sempat habis 8 jam pun sakit tu akan datang balik..sabar je lah sakit tu kan penghapus dosa.pinton saya hanya ambil time malam sahaja.


Monday, October 12, 2015

RESEPI UDANG MASAK TEMPOYAK



Hari ni mood nak share resepi udang masak tempoyak.asalnya terliur bila tengok kakak share kt fb..tapi resepi ni saya ubah sikit.siapa nak try boleh la masak utk family..

Bahan (kisar):
-bawang merah (optional)
-bawang putih (optional)
-tempoyak
-kunyit
-cili padi/cili merah besar
-sedikit santan
-sedikit air

bahan lain:
-udang (lebih kurang 300gram)
-serai (2-3 btg) dititik
-perisa (gula/manisan gula melaka dan garam)

Cara Masak:
-kisar semua bahan di atas (bahan kisar shj).
-panas kan dalam kuali bersama serai.
-letak gula/garam sesedap rasa.
-bila dah agak2 menggelegak, masukkan udang dan biarkan masak sekejap.

*jika nak kuah cair,masukkan air lebih sedikit.
*jika nak kuah pekat, biarkan di atas api lebih lama sedikit agar kuah sedikit kering.
*bawang merah/putih adalah optional untuk memekatkan kuah.ada resepi yang tidak menggunakan bawang.terpulang pada selera masing2.
*jika tempoyak sudah manis,saya sarankan tidak perlu tambah gula,nanti jadi terlebih manis.

Selamat mencuba dan selamat menjamu selera

Tuesday, October 6, 2015

Pregnant jarak dekat

Ehh baru je dalam entry yang lepas duk cita pasal dah jadi ibu kan..tup tup ni nak cita pasal pregnant lagi..tengok betapa lama nya tak update blog ni kan..sekarang saya dah 37 week dah cik kak oii..dah nk sampai masa nak keluar dah baby ni.anak sulung dah setahun 4 bulan..yang second ni dapat mungkin masa yg sulung tu 6/7 bulan.'excident' dik oiii...rezeki Tuhan nak bagi kita tak boleh tolak..

Nak cita pasal 2nd time pregnant ni kan..uishhh memang mencabar emosi.Masa mula2 tahu tu memang tak boleh terima kenyataan..rasa macam 'kenapa awal sangat?yang sulung ni pun kecik lagi.jaga anak pun ada betul tak betul,tiba2 anak nak tambah lagi sorang!'...'sape yang salah ni? sape lagi suami la yang salah sebab tak bagi kita amik pil ke apa..kata nya itu bahaya la,ini bahaya la.tengok sekarang yang kena bawa perut nya kita jugak..9 bulan lebih ke hulu ke hilir..'  Tengok betapa jahatnya syaitonnirrajim ni hasut manusia ni untuk tolak ketentuan Tuhan.berbulan jugak saya rasa down sebab pregnant ni,tak pasti la itu alahan ke atau sebab hasutan si iblis.emosi dan fikiran memang rasa tak patut dapat baby lagi.macam mana nak bagitau mak,adik beradik,kawan2..mesti kena bebel.alhamdulillah encik suami masa tu sabar je dengan perangai isteri dia ni.tiap2 hari wat muka monyok depan dia konon2 nak tunjuk protes salah dia sebab tak bagi merancang family. mana tak nya dalam kepala macam2 dah duk fikir, sape nk urus rumah bila dah sarat nanti,sape nk jaga yang kecik tu bila berpantang,cukup ke kewangan nanti bila ada anak dua,macam mana nak jaga 2 orang anak nanti bila dah start kerja?adoiii semak kepala nak fikir..tu yang monyok tu masa 1st trimester..

Bila masuk 2nd trimester, dah boleh terima kenyataan dah, so just follow the flow macam biasa.cuma nak cita pregnant yang kedua ni memang pengalaman berbeza.kalau yang sulung dulu suka makan manis2, masa 3rd trimester macam2 sakit yang datang..tapi alhamdulillah yang kali ni dipermudahkan oleh Allah.dah nak sampai due pn masih ok lg,cuma kadang2 je ada rasa lenguh,kejang kat badan ni.masa awal2 pregnant dulu suka makan benda2 masam pulak.agaknya nak dapat anak perempuan kot..hehe..kalau dapat sepasang alhamdulillah..tak dapat sepasang pun alhamdulillah juga.so far sekarang ni tiap2 hari still balik umah urus rumah macam biasa,cuma banyak dah slow down skang ni sebab tak larat nk kehulu hilir.Alhamdulillah suami banyak sangat tolong kat umah.balik kerja biasanya saya akan masak je,selebihnya suami yang buat.basuh pinggan mangkuk,basuh baju,angkat baju,sediakan susu anak,kemas umah sebab yang sulung tu biasa akan sepahkan rumah dengan mainan dia.tiap2 pagi saya perlu uruskan makanan anak je,yang lain jemur baju,buang sampah suami yang uruskan.kadang2 tak sempat pun nk sediakan breakfast untuk dia,boleh bilang dengan jari kot berapa hari je dalam sebulan buat breakfast..nasib baik dia jenis yg terima seadanya,faham la kot kan kita yang bawa perut ni tak larat nak buat kerja banyak2,dengan nk bersiap pergi kerja lagi..

So, sekarang ni tengah menanti saat2 untuk deliver je.doakan untuk saya ye agar kali ni dipermudahkan,biar sakit tu tak lama,tak banyak luka,anak sihat,mak sihat dan sebagainya...amiiinnn

Anak ku demam cacing

Siapa yang ada anak,mesti biasa dengar pasal penyakit demam cacing atau anak terkena kuman cacing ni.Hero saya baru alami nya.umur baru setahun 4 bulan..nak tau cara saya rawat penyakit tu?bukan guna ubat cacing yang ada kt klinik atau farmasi tu tau...ni cara tradisional.rasa2 nya kalau ibu-ibu tanya pak google pun mesti jumpa petua ni..mandikan anak dengan daun betik.haa..kenal tak daun betik?sila lah tanya pak google sekali lagi camno rupa daun betik tu,jangan kenal betik je,daun pun kena kenal skali.saya cuba elak untuk guna ubat klinik/farmasi sebab nurse kat penang ni cakap ubat tu sesuai bagi bila umur anak 2 thn ke atas sahaja.mungkin sesetengah klinik dia bagi bila umur setahun setengah,tapi kat sini lain sikit peraturannya.sebabnya ubat tu agak kuat,maksudnya effect pada dalaman kanak-kanak agak bahaya jika diberi pada kanak-kanak yang masih muda..tapi kanak2 semua muda kan..hehe..

untuk siapa yang nak tau caranya mandi dengan daun betik ni senang je,ramas2 kan daun tu dalam air.air tu nanti kita buat mandi untuk anak yang terkena kuman cacing ni selama 3 hari atau lebih.macam mana nak tau anak kita terkena penyakit tu?lain orang lain kot simptom..kalau anak saya dia demam terutama waktu malam,kurang selera makan,jadi letih,tak aktif,suka meragam,cirit birit,tidur tertonggeng.orang tua2 cakap air daun betik ni boleh rawat selera makan anak dan kurangkan suhu panas badan.untuk hilangkan kuman cacing tu rasanya xdapat.tapi pastikan ye,masa mandikan anak hanya jirus di bahagian leher sampai ke bawah sahaja.dilarang jirus atas kepala dan air daun betik ni kita wat air bilasan yang akhir skali selepas siap mandi kan anak dengan air paip biasa.menurut artikel yang saya jumpa, penulis tu inform kalau jirus di kepala sekali,dikhuatiri selera makan anak akan makin berkurang..wallahuallam.

*Alamak busy la pula..bos ni time nak mengarut kat blog la dia datang bagi kerja plak..
nanti ada masa saya update lagi..

Thursday, March 19, 2015

DAH BERSALIN..I'M A MOMMY NOW!!

Pergghhh...ada lg rupanya blog ni, ingatkan dh berkulat naik sawan..lama giler rasa nya tak update dan tak menziarah blog sendiri.kali terakhir masa tengah sarat pregnant 34weeks...sekarang cuba teka berapa umur anak saya?
apa??27 tahun??27 tahun tu ibu dia ni haa...sekarang dia dh berusia 5 month ++..dh brbulan2 jgk ni xmenulis dalam blog.untuk entry yg panas2 ni, saya share pasal experience delivery je la ye..

Sebelum tu saya mintak sape2 yg lemah semangat tarik nafas dalam2,lebih2 lg untuk anda yg bakal deliver ank sulung tak lama lg.Alkisahnya kisah sy bermula mse dh nk msuk 41weeks, tengah menunggu nk p klinik amik surat doktor utk warded sbb dh over due.tp alkisahnya pg hri ahad dlm kul 7pg ada turun darah skit, so pegi la hospital tanah merah.cek itu cek ini, kena admit ward.of course la kan!! mse siang hari takde la sakit sgt, biasa je blh jalan2 dlm ward, happy2 tgk org keluar msuk kan..bila cek bukaan bru 2cm.msuk petang makin kerap sakit dlm setengah jam skali.msuk je tengah malam makin kerap makin kerap dalam 10/15 minit skali..masa tu xtahan sgt, sebelum tu dh mintak nurse inject ubat tahan sakit.skali lg tanpa rasa gerun mtk doctor cek bukaan, xberganjak still 2cm..mse tu dh brpeluh dah,nk tido xboleh, minyak/air selusuh dh hbs minum dh, air bunga fatimah pn dh minum..mengerang la menahan kesakitan sampai ke pagi..pukul 9 lebih cek lg skali bukaan baru 4cm, doctor suruh masuk labour room dh,katanya nk pecahkan ketuban..what??masa tu rasa mcm xpercaya je saya bakal bertarung nyawa utk orang baru.

Dlm labour room sy diberi ubat utk membuang 'hajat' dgn scpt mngkin..maklum lah nanti takut masa meneran,trkeluar apa2 yang xpatut keluar.nak dipendekkan cerita saya ditahan dalam tu selama 12 jam sebab bukaan lambat.sakitnya Tuhan shj yg tahu..rasa mcm nk terberak je, nasib baik suami saya diberi peluang masuk lebih awal berbanding procedure sebelum ni suami dibenarkan masuk bila isteri dah bersedia nk meneran.sampai satu masa suami sy dh boleh nampak rambut baby, doktor and nurse pn dh blh sentuh kepala baby, tp disebabkan saya dh takde tenaga 12 jam berpuasa, terpaksa juga vacuum dgn bantuan Dr.Faisal..alhamdulillah 2x sy push tiba2 trpampang ats perut saya baby yg masih ada kesan darah2..wahhh ank ibu selamat akhirnya.rasa sebak pn ada, rasa lega pn ada.rasa sakit xpayah ckp la, serta merta dh hilang.

Alhamdulillah, dpt baby boy 3.2kg..selepas deliver,baby sy kena admit ward sbb kena check blk kot2 dia dh tertelan bnda kotor sbb air ketuban dh pecah awal.xsmpat sy nk menyusu.sy alami luka yg agak banyak, dgn bleeding yg teruk..selepas luka dijahit, sy ditahan lg dlm labour room tu smpai subuh sbb blood pressure terlalu rendah, HB sy turun smpai ke 7.bila dipindahkan ke ward biasa, sy xboleh nk bangun sbb rasa nk pitam dan terpaksa tunggu suami datang utk papah sy masuk bilik air..terima kasih utk si suami sbb sanggup mandikan isteri dia ni.

Part sedihnya sy xblh nk bersama ank dlm ward tu..bila tgk org lain ada baby kt sebelah blh cium2,blh riba..tp sy xdpt,..hri kedua bila ada tenaga baru sy pergi mnyusu,tu pn kne tunggu suami datang tolak dlm wheelchair sbb sy masih lg xckup tenaga, HB sy msih lg rendah..hri ketiga sy kne wat blood transfusion 2 bags utk increase blh HB..alhamdulillah hri keempat, baby dan sy sme2 dh blh keluar wad.