Tuesday, October 6, 2015

Anak ku demam cacing

Siapa yang ada anak,mesti biasa dengar pasal penyakit demam cacing atau anak terkena kuman cacing ni.Hero saya baru alami nya.umur baru setahun 4 bulan..nak tau cara saya rawat penyakit tu?bukan guna ubat cacing yang ada kt klinik atau farmasi tu tau...ni cara tradisional.rasa2 nya kalau ibu-ibu tanya pak google pun mesti jumpa petua ni..mandikan anak dengan daun betik.haa..kenal tak daun betik?sila lah tanya pak google sekali lagi camno rupa daun betik tu,jangan kenal betik je,daun pun kena kenal skali.saya cuba elak untuk guna ubat klinik/farmasi sebab nurse kat penang ni cakap ubat tu sesuai bagi bila umur anak 2 thn ke atas sahaja.mungkin sesetengah klinik dia bagi bila umur setahun setengah,tapi kat sini lain sikit peraturannya.sebabnya ubat tu agak kuat,maksudnya effect pada dalaman kanak-kanak agak bahaya jika diberi pada kanak-kanak yang masih muda..tapi kanak2 semua muda kan..hehe..

untuk siapa yang nak tau caranya mandi dengan daun betik ni senang je,ramas2 kan daun tu dalam air.air tu nanti kita buat mandi untuk anak yang terkena kuman cacing ni selama 3 hari atau lebih.macam mana nak tau anak kita terkena penyakit tu?lain orang lain kot simptom..kalau anak saya dia demam terutama waktu malam,kurang selera makan,jadi letih,tak aktif,suka meragam,cirit birit,tidur tertonggeng.orang tua2 cakap air daun betik ni boleh rawat selera makan anak dan kurangkan suhu panas badan.untuk hilangkan kuman cacing tu rasanya xdapat.tapi pastikan ye,masa mandikan anak hanya jirus di bahagian leher sampai ke bawah sahaja.dilarang jirus atas kepala dan air daun betik ni kita wat air bilasan yang akhir skali selepas siap mandi kan anak dengan air paip biasa.menurut artikel yang saya jumpa, penulis tu inform kalau jirus di kepala sekali,dikhuatiri selera makan anak akan makin berkurang..wallahuallam.

*Alamak busy la pula..bos ni time nak mengarut kat blog la dia datang bagi kerja plak..
nanti ada masa saya update lagi..

No comments:

Post a Comment